IBS CONTRACTORS TRAINING MODULES
- Precast Column and Beam
- Precast Concrete Panel (A)
- Blockwork
- Formwork
IBS CONTRACTORS TRAINING
1.0 PENGENALAN
Penganjuran latihan kepada kontraktor merupakan salah satu inisiatif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam memastikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki kontraktor tempatan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu, CIDB mewujudkan kursus latihan yang diperlukan oleh kontraktor pada masa kini mengikut keperluan industri seperti kursus Latihan Pengurusan IBS.
Antara kursus Latihan Pengurusan IBS adalah seperti berikut:
- IBS - Pemasangan Struktur Keluli
- IBS - Precast Concrate Panel
- IBS - Precast Column & Beam
- IBS - Sistem Blok
- IBS - Sistem Formwork
2.0 CARA MEMOHON MENYERTAI KURSUS LATIHAN PENGURUSAN IBS
Permohonan boleh dilakukan dengan memohon melalui Pusat Latihan Bertauliah yang berdekatan
3.0 PUSAT LATIHAN BERTAULIAH
Bagi melaksanakan latihan tersebut, CIDB telah melantik Pusat Latihan Bertauliah (PLBK) mengikut kepakaran bidang masing-masing. PLBK yang dilantik menjalankan kursus akan ditauliahkan terlebih dahulu oleh CIDB. Pentauliahan akan mengambil kira beberapa faktor utama iaitu pusat latihan, tenaga pengajar, modul dan lain-lain faktor.
Antara PLBK yang berdaftar dengan Pusat IBS adalah seperti berikut:
PLBK |
Telefon |
Mna Management & Implementation (M) Sdn Bhd |
03-41416349 |
Selapis Ultra Sdn Bhd |
03-60215288 |
Bit Resources Sdn Bhd |
03-33701389 |
Koperasi Kontraktor Melayu Malaysia Berhad |
03-62595340 |
Akademi Binaan Malaysia Negeri Sabah |
088 – 430 615/616 |
Akademi Binaan Malaysia Negeri Sarawak |
082 – 446 700 |
3.0 KADAR BAYARAN DAN KUMPULAN SASARAN KURSUS LATIHAN PENGURUSAN IBS
- Berkuatkuasa pada 1 April 2015, yuran penyertaan kursus akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.
- Yuran kursus (tidak termasuk 6% GST) sebagaimana yang ditetapkan iaitu:
Kursus |
Status |
Yuran Kursus (RM) |
Pengurusan IBS |
|
RM 60.00 |
- Kontraktor yang tidak mempunyai dokumen seperti yang dinyatakan diatas boleh menyertai kursus tersebut tetapi dengan bayaran yang berbeza iaitu RM250.00 (tidak termasuk GST) bagi yang mempunyai Kad Hijau dan RM500.00 (tidak termasuk GST) bagi yang tidak mempunyai Kad Hijau.
- Peserta perlu menjelaskan bayaran yuran di kaunter kewangan pejabat CIDB Negeri yang berdekatan sebelum menghadiri kursus.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai, bank draf, bankers cheque atau wang pos sahaja atas nama CIDB MALAYSIA. Peserta perlu menulis nama dan no. Mykad di belakang cek tersebut.
- Salinan resit bayaran hendak diserahkan kepada PLBK untuk tujuan semakan dan rekod sahaja.
- Bagi pelaksanaan kursus yang dibiayai sepenuhnya oleh peserta, tiada yuran kursus yang ditetapkan oleh CIDB. Ianya bergantung kepada persetujuan bersama di antara PLBK dan peserta. PLBK hanya perlu membuat bayaran yuran perkhidmatan sebanyak RM 50.00 / peserta (tidak termasuk 6% GST) kepada CIDB. Bagi pelaksanaan kursus sebegini, tuntutan pelaksanaan tidak boleh dituntut kepada CIDB.
4.0 TEMPOH KURSUS DAN MATA CCD POINT
- Kursus Pengurusan IBS dilaksanakan selama 5 hari berturut-turut dan dijalankan selama 8 jam sehari.
- Mata CCD Point adalah 40 points
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pusat IBS
Bahagian IBS, Sektor Pembangunan Teknologi
Sektor Pembangunan Teknologi
Galeri Komponen IBS
Lot 8 Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
Tel : 03-92816909
Faks : 03-92815870
Email : cidb_ibs@cidb.gov.my