IBS Installer Training

  • 11/12/2019 11:49:31 AM
  • System

IBS INSTALLERS TRAINING MODULES

  • Precast Concrete System Installer L2,3
  • Blockwork System Installer L2,3
  • Lwt Panel (Non- structural) System Installer L2,3
  • Metal Roof Truss System Installer L2,3
  • Metal Door & Window Frame Installer L2,3
  • Metal Structure Framing System Installer L2,3
  • Reusable Formwork Installer L2,3

 

 

1. PENGENALAN

Program latihan pekerja mahir secara penempatan dan latihan (place & train) adalah berdasarkan kepada kaedah dimana perserta program yang telah ditawarkan pekerjaan oleh syarikat kolaborasi untuk menjalani latihan. Modul latihan dan penilaian adalah berdasarkan kepada NOSS yang ditelah dimurnikan mengikut sistem latihan dan penilaian CIDB. Pembangunan modul adalah berdasarkan kepada keperluan syarikat berdasarkan kepada Standard Pekerjaan yang telah dibangunkan. Peserta program akan dinilai dan diverifikasi mengikut keadah yang telah ditetapkan oleh CIDB. Program ini akan melibatkan Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB Negeri, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Syarikat Pengeluar produk/sistem IBS dan Kontraktor Binaan. Oleh itu, Garis Panduan ini adalah untuk memastikan perlaksanaan mengikut syarat-syarat, kaedah, keperluan yang telah ditetapkan oleh CIDB dan Syarikat kolaborasi.

 

2. PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKE HOLDERS)

2.1 UNIT IBS – BAHAGIAN TEKNOLOGI PEMBINAAN (BTP)

Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, bertanggung jawab secara keseluruhan didalam penilaian kompetensi pekerja-pekerja ditapak binaan. Tanggungjawab tersebut termasuk, permohonan daripada pekerja binaan sehingga pengeluaran Sijil Kompetensi Kemahiran.

 

2.2 SYARIKAT KOLABORASI

Syarikat kolaborasi ialah firma yang menjalankan aktiviti perniagaan didalam kaedah pembinaan IBS, yang menawarkan pekerjaan dan latihan dibawah persijilan CIDB. Syarikat tersebut akan menyediakan keperluan untuk peserta menjalani latihan dan akses kepada CIDB bagi menjalankan penilaian peserta. Syarikat kolaborasi akan bertanggung jawab untuk membayar gaji dan segala keperluan pekerjaan kepada peserta.

 

2.3 AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM)

ABM adalah organisasi dibawah CIDB yang menjalankan latihan berasaskan kepada pembinaan, khusus untuk kursus-kursus kemahiran tred (trade) yang terdapat didalam industri pembinaan. Peranan ABM didalam program ini ialah membantu promosi dan pemasaran, sokongan latihan dan penilaian.

 

3. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PESERTA

3.1 SYARAT-SYARAT AM

Syarat-syarat am untuk Program Penempatan dan Latihan mestilah warga negara Malaysia dan perlu mematuhi syarat tambahan yang dikenakan oleh CIDB dan syarikat kolaborasi.

 

3.2 KELAYAKAN MINIMA

Calon-calon untuk Program Penempatan dan Latihan (PPL) mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tamat Tingkatan 5.

 

4. PROSES KESELURUHAN PROGRAM PENEMPATAN DAN LATIHAN

Merujuk kepada gambarajah dibawah ini, Program Penempatan dan Latihan (PPL) bermula dengan aktiviti promosi dan penerangan dilaksanakan oleh CIDB dan Syarikat Kolaborasi Permohonan untuk Program Penempatan dan Latihan (PPL) diproses oleh Unit IBS, Bahagian Teknologi Binaan, dimana kelulusan akan berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB. Pemohon yang berjaya diperingkat permohonan perlu menghadiri sesi temuduga dengan Unit IBS, CIDB dan Syarikat Kolaborasi. Pemohon yang gagal akan diberi peluang memohon semula. Proses yang seterusnya ialah menandatangani perjanjian diantara pemohon yang berjaya (peserta), CIDB dan Syarikat Kolaborasi, dimana terma-terma perjanjian akan ditentukan oleh CIDB dan Syarikat Kolaborasi.