IBS Installer Training

IBS INSTALLERS TRAINING MODULES

  • Precast Concrete System Installer L2,3
  • Blockwork System Installer L2,3
  • Lwt Panel (Non- structural) System Installer L2,3
  • Metal Roof Truss System Installer L2,3
  • Metal Door & Window Frame Installer L2,3
  • Metal Structure Framing System Installer L2,3
  • Reusable Formwork Installer L2,3

 

INSTALLER

Download GARIS PANDUAN PROGRAM LATIHAN PEKERJA MAHIR MELALUI KAEDAH PENEMPATAN DAN LATIHAN (PLACE & TRAIN)

 

1. PENGENALAN

Program latihan pekerja mahir secara penempatan dan latihan (place & train) adalah berdasarkan kepada kaedah dimana perserta program yang telah ditawarkan pekerjaan oleh syarikat kolaborasi untuk menjalani latihan. Modul latihan dan penilaian adalah berdasarkan kepada NOSS yang ditelah dimurnikan mengikut sistem latihan dan penilaian CIDB. Pembangunan modul adalah berdasarkan kepada keperluan syarikat berdasarkan kepada Standard Pekerjaan yang telah dibangunkan. Peserta program akan dinilai dan diverifikasi mengikut keadah yang telah ditetapkan oleh CIDB. Program ini akan melibatkan Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB Negeri, Akademi Binaan Malaysia (ABM), Syarikat Pengeluar produk/sistem IBS dan Kontraktor Binaan. Oleh itu, Garis Panduan ini adalah untuk memastikan perlaksanaan mengikut syarat-syarat, kaedah, keperluan yang telah ditetapkan oleh CIDB dan Syarikat kolaborasi.

 

2. PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKE HOLDERS)

2.1 UNIT IBS – BAHAGIAN TEKNOLOGI PEMBINAAN (BTP)

Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, bertanggung jawab secara keseluruhan didalam penilaian kompetensi pekerja-pekerja ditapak binaan. Tanggungjawab tersebut termasuk, permohonan daripada pekerja binaan sehingga pengeluaran Sijil Kompetensi Kemahiran.

 

2.2 SYARIKAT KOLABORASI

Syarikat kolaborasi ialah firma yang menjalankan aktiviti perniagaan didalam kaedah pembinaan IBS, yang menawarkan pekerjaan dan latihan dibawah persijilan CIDB. Syarikat tersebut akan menyediakan keperluan untuk peserta menjalani latihan dan akses kepada CIDB bagi menjalankan penilaian peserta. Syarikat kolaborasi akan bertanggung jawab untuk membayar gaji dan segala keperluan pekerjaan kepada peserta.

 

2.3 AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM)

ABM adalah organisasi dibawah CIDB yang menjalankan latihan berasaskan kepada pembinaan, khusus untuk kursus-kursus kemahiran tred (trade) yang terdapat didalam industri pembinaan. Peranan ABM didalam program ini ialah membantu promosi dan pemasaran, sokongan latihan dan penilaian.

 

3. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PESERTA

3.1 SYARAT-SYARAT AM

Syarat-syarat am untuk Program Penempatan dan Latihan mestilah warga negara Malaysia dan perlu mematuhi syarat tambahan yang dikenakan oleh CIDB dan syarikat kolaborasi.

 

3.2 KELAYAKAN MINIMA

Calon-calon untuk Program Penempatan dan Latihan (PPL) mestilah berumur 18 tahun ke atas dan tamat Tingkatan 5.

 

4. PROSES KESELURUHAN PROGRAM PENEMPATAN DAN LATIHAN

Merujuk kepada gambarajah dibawah ini, Program Penempatan dan Latihan (PPL) bermula dengan aktiviti promosi dan penerangan dilaksanakan oleh CIDB dan Syarikat Kolaborasi Permohonan untuk Program Penempatan dan Latihan (PPL) diproses oleh Unit IBS, Bahagian Teknologi Binaan, dimana kelulusan akan berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB. Pemohon yang berjaya diperingkat permohonan perlu menghadiri sesi temuduga dengan Unit IBS, CIDB dan Syarikat Kolaborasi. Pemohon yang gagal akan diberi peluang memohon semula. Proses yang seterusnya ialah menandatangani perjanjian diantara pemohon yang berjaya (peserta), CIDB dan Syarikat Kolaborasi, dimana terma-terma perjanjian akan ditentukan oleh CIDB dan Syarikat Kolaborasi.

 

Peserta perlu menghadiri kursus SCIW untuk mendapatkan ‘Kad Hijau’, sebelum menjalani Latihan Industri di Syarikat Kolaborasi. Perlaksanaan Latihan Industri adalah berdasarkan kepada tatacara latihan, proses latihan dan modul-modul latihan yang telah ditetapkan oleh Unit IBS, CIDB. Penilaian diperingkat Syarikat Kolaborasi akan dijalankan secara berterusan oleh ‘coach’/penyelia peserta program. Penilaian dan verifikasi akhir akan dijalankan oleh Unit IBS/ABM mengikut jadual yang dicadangkan oleh Syarikat Kolaborasi. Peserta yang terampil dan memenuhi semua syarat-syarat sebagai personel binaan bagi tred IBS akan menerima Sijil Kecekapan Kemahirann (SKK) yang dikeluarkan oleh Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB.

 

5. PENUTUP

Prosedur yang telah gariskan diatas akan memastikan Program Penempatan dan Latihan akan dapat dijalankan secara bersepadu oleh pihak berkepentingan, iaitu termasuk, Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB Negeri, Akademi Binaan Malaysia dan Syarikat Kolaborasi.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Pusat IBS

Bahagian IBS, Sektor Pembangunan Teknologi

Sektor Pembangunan Teknologi

Galeri Komponen IBS

Lot 8 Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur

Tel      : 03-92816909

Faks   : 03-92815870

Email  : cidb_ibs@cidb.gov.my

 


 

AKREDITASI

Download MANUAL PROSEDUR PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN DI TAPAK BINAAN (PKKTB) UNTUK TRED PEMASANGAN IBS

 

1. PENGENALAN

Kaedah penilaian berdasarkan kepada pengalaman yang dikenali dengan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), iaitu sistem persijilan yang digunapakai di peringkat Kebangsaaan, adalah untuk mengiktiraf dan mempersijilan personel industri yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK), di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006, (Akta 652) dan bidang pembinaan adalah di bawah Akta, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Penilaian Kompetensi Kemahiran di Tapak Binaan (PKKTB), adalah satu kaedah untuk mempersijilkan personel binaan yang mempunyai pengalaman dan kemahiran didalam sesuatu tred bidang pembinaan bangunan. Proses penilaian dan verifikasi calon (personel binaan) dijalankan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) dimana pemantauan dan pengesahsahihan akan dilaksanakan oleh CIDB Negeri. Proses ini melibatkan Unit IBS - Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB Negeri, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Kontraktor Binaan. Oleh sebab yang demikian, prosedur ini dibangunkan untuk memastikan penilaian yang dijalankan adalah mengikut kaedah dan keperluan yang telah ditetapkan oleh CIDB.

 

2. PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDERS)

2.1 UNIT IBS – BAHAGIAN TEKNOLOGI PEMBINAAN (BTP)

Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, bertanggung jawab secara keseluruhan didalam penilaian kompetensi pekerja-pekerja ditapak binaan. Tanggungjawab tersebut termasuk permohonan daripada pekerja binaan sehingga pengeluaran Sijil Kompetensi Kemahiran (SKK).

 

2.2 CIDB DI PERINGKAT NEGERI (CIDB NEGERI)

Peranan pejabat CIDB di peringkat Negeri adalah bertanggungjawab didalam pengesahsahihan (validation) penilaian kompetensi keatas calon (pekerja binaan) mengikut kaedah dan keperluan penilaian yang telah ditetapkan oleh Unit IBS.

 

2.3 AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM)

ABM adalah organisasi dibawah CIDB Holdings yang menjalankan latihan berasaskan kepada bidang pembinaan, khusus untuk kursus-kursus kemahiran tred (trade) yang terdapat didalam industri pembinaan. Peranan ABM di dalam PKKTB adalah pemasaran, pengambilan calon-calon, penilaian dan membantu Unit IBS untuk menyelaraskan keperluan diantara calon, kontraktor dan CIDB di peringkat Negeri.

 

2.4 KONTRAKTOR BINAAN

Kontraktor pembinaan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memastikan setiap pekerja yang sediada di dalam pemasangan sistem IBS ditauliahkan melalui kaedah Penilaian Kompetensi Kemahiran di Tapak Binaan (PKKTB). Kontraktor perlu memaklumkan tentang PKKTB kepada pekerja di bawah seliaannya dan memproses permohonan persijilan.

 

3. KRITERIA DAN KEPERLUAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN DI TAPAK BINAAN (PKKTB)

3.1 CALON UNTUK PENILAIAN DI TAPAK BINAAN

Calon, iaitu pekerja pemasangan binaan, perlu mempunyai pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya 3 bulan di dalam bidang IBS (Industrialised Building System) dan Kad Pendaftaran Personel Binaan (Green Card) yang masih sah. Kriteria umum yang penting ialah pekerja binaan tersebut (calon) sudah bersedia untuk dinilai. Calon-calon terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu calon yang ditaja dan calon yang tidak ditaja.

 

a) Calon Yang Ditaja

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Bekerja dengan syarikat yang berdaftar dengan CIDB
  • Lulus saringan sistem penilaian bersepadu CIDB

 

b) Calon Yang Tidak Ditaja

Syarat-syarat:

  • Warga negara Malaysia yang tidak memenuhi syarat
  • Bukan warganegara Malaysia
  • Tidak lulus saringan sistem penilaian bersepadu CIDB

 

3.2 TAPAK BINAAN

Tapak binaan untuk tujuan penilaian perlu memenuhi aspek kebersihan, keselamatan, peralatan dan komponen IBS. Saiz projek perlulah memenuhi piawaian penilaian yang ditetapkan oleh ABM Zon/Negeri.

 

3.3 PROSES KESELURUHAN PROGRAM PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN DITAPAK BINAAN

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran di Tapak Binaan (PKKTB) bermula dengan aktiviti promosi dan penerangan dilaksanakan oleh CIDB, Unit IBS CIDB dan ABM kepada kontraktor dan pekerja binaan, khusus di dalam pemasangan sistem IBS sehingga pengeluaran sijil kepada calon.

 

4. KAEDAH PEMBANGUNAN SOALAN UNTUK PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN DI TAPAK BINAAN (PKKTB)

Pembangunan soalan untuk penilaian adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) – (National Occupational Skills Standard (NOSS)) yang telah dibangunkan oleh pihak CIDB dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sebanyak tujuh (7) tajuk SKPK telah dibangunkan untuk program akreditasi PKKTB iaitu:

a) IBS Blockwork System

b) IBS Precast Concrete (Column and Beam) Systems

c) IBS Lightweight Panel (Non-Structural) Systems

d) IBS Reusable Formwork Systems

e) IBS Steel Structure Systems

f) IBS Metal Roof Trusses Systems

g) IBS Metal Door and Window Frame Systems

 

Konsep ini dibangunkan melalui kaedah pemilihan kompetensi unit (Competency Unit - CU) yang terdapat di dalam dokumen NOSS yang telah dibangunkan. Melalui penilaian ini, setiap kompetensi unit yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesesuaian untuk melakukan proses penilaian di tapak binaan. Aspek fleksibiliti juga diterapkan di mana setiap satu tred mempunyai di antara 2-3 set penilaian yang mempunyai set kemahiran yang berbeza. Ini juga dapat memudahkan proses penilaian di mana setiap tapak binaan mempunyai keperluan dan kemajuan projek yang berbeza. Soalan-soalan dibangunkan dengan mengenalpasti CU di yang terdapat didalam NOSS yang bersangkutan dengan memurnikan elemen-elemen Work Activities, Related Knowledge, Skills, yang terdapat didalam kurikulum latihan kemahiran JPK, yang dikenali dengan nama ‘Curriculum of Competency Unit” (CoCU). Aktiviti Kerja (Work Activity) yang telah dimurnikan adalah penyataan kompetensi yang akan dinyatakan didalam Sijil Kompetensi Kemahiran yang dikeluarkan oleh Unit IBS, CIDB. 

 

5. SENARAI PERSIJILAN PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN DI TAPAK BINAAN

Senarai persijilan yang ditawarkan oleh CIDB dengan menggunakan kaedah PKKTB, khusus untuk pekerja pemasangan IBS adalah seperti berikut:-

 

5.1 IBS Blockwork System – BC-IBS-051-2:2017

(1)

Blockwork Base Course Installation

BC-IBS-051-2:2017-C01 (1 of 2)

(2)

Blockwork Block Wall Installation

BC-IBS-051-2:2017-C01 (2 of 2)

 

5.2 IBS Precast Concrete (Column and Beam) Systems - BC-IBS-011-2:2017

(3)

Precast Concrete Column Installation

BC-IBS-011-2:2017-C01

(4)

Precast Concrete Beam Installation

BC-IBS-011-2:2017-C02

(5)

Precast Concrete Slab Installation

BC-IBS-011-2:2017-C03

(6)

Precast Concrete Wall Panel Installation

BC-IBS-011-2:2017-C04

 

5.3 IBS Lightweight Panel (Non-Structural) Systems – BC-IBS-012-2:2017

(7)

Lightweight Panel Slab Installation

BC-IBS-012-2:2017:C01

(8)

Lightweight Panel Wall Installation

BC-IBS-012-2:2017:C02

 

5.4 IBS Reusable Formwork Systems – BC-IBS-021-2:2017

(9)

Reusable Formwork Systems Installation (Aluminium, Steel, Plastic, Timber)

BC-IBS-021-2:2017-C01-C04

 

5.5 IBS Steel Structure Systems – BC-IBS-031-2:2017

(10)

Steel Structure Cold Formed Installation -

BC-IBS-031-2:2017:C01-C05 (1 of 3)

(11)

Steel Structure Hot Rolled Installation (Single storey) -

BC-IBS-031-2:2017:C01-C05 (2 of 3)

(12)

Steel Structure Cold Formed Installation (Double storey)

BC-IBS-031-2:2017:C01-C05 (3 of 3)

 

5.6 IBS Metal Roof Trusses Systems - BC-IBS-033-2:2017

(13)

Metal Roof Trusses Installation

BC-IBS-031-2:2017:C01-C04

(14)

Metal Door Frame Installation

BC-IBS-032-2:2017-C01

(15)

Metal Window Frame Installation

BC-IBS-032-2:2017-C02

 

PENUTUP

Prosedur yang telah digariskan di atas akan memastikan proses Penilaian Kemahiran Kompetensi di Tapak Binaan (PKKTB) dapat dijalankan, seterusnya mengujudkan personel yang berkemahiran tinggi. Proses penilaian dapat dilaksanakan secara bersepadu oleh pihak berkepentingan, iaitu termasuk Unit IBS, Bahagian Teknologi Pembinaan, CIDB Negeri, Akademi Binaan Malaysia, kontraktor-kontraktor dan pekerja-pekerja binaan.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Pusat IBS

Bahagian IBS, Sektor Pembangunan Teknologi

Sektor Pembangunan Teknologi

Galeri Komponen IBS

Lot 8 Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur

Tel      : 03-92816909

Faks   : 03-92815870

Email  : cidb_ibs@cidb.gov.my