IBS Professional Training

IBS PROFESSIONALS TRAINING MODULES   

  • Introduction to IBS
  • Modular Coordination System
  • IBS Score Manual and Calculator
  • Design Concept of Precast Concrete System
  • Project Management

 

LATIHAN KEMAHIRAN KATEGORI IBS

1.0      PENGENALAN

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan Negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya, sentiasa peka untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan Negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa hadapan.

 

Lantaran itu, CIDB telah memanfaatkan potensi tenaga kerja dan pada masa yang sama mempertingkatkan lagi tahap kemahiran pekerja binaan dengan menyediakan latihan kemahiran khusus sepertimana yang dikehendaki oleh industri pembinaan. Sehubungan dengan itu, salah satu program latihan yang diadakan adalah Program Latihan Kemahiran kategori IBS

 

2.0       PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KATEGORI IBS

Antara Program Latihan Kemahiran Kategori IBS adalah seperti berikut:

Program Latihan Kemahiran IBS

Aluminium Framework Fabrication

Precast Concrete Installation

Steel Structure Erection & Fabrication

Lightweight Concrete Block Laying

Lightweight Panel Installation

Roof Truss Installation (Steel)

Roof Truss Installation (Timber)

 

3.0       KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua pekerja binaan yang mahir, separuh mahir dan belia bertaraf warganegara Malaysia

 

4.0       PERSIJILAN

Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan

 

5.0       CARA MEMOHON MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN KATEGORI IBS

Permohonan boleh dilakukan dengan memohon melalui Pusat Latihan Bertauliah yang berdekatan

 

6.0       PUSAT LATIHAN BERTAULIAH (PLB)

Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM). Senarai  ABM adalah seperti berikut:

PLB

TELEFON

FAKS

ABM Wilayah Utara

04 – 9242 200

04 – 9241 100

ABM Wilayah Timur

09 – 681 8327 / 28

09 – 681 8329

ABM Wilayah Tengah

03 – 9200 2008

03 – 9200 2009

ABM Sarawak

082 – 446 700

082 – 442 700

ABM Wilayah Selatan

07 – 238 8152

07 – 234 5808

ABM Sabah

088 – 430 615/616

088 – 431 359

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Pusat IBS

Bahagian IBS, Sektor Pembangunan Teknologi

Sektor Pembangunan Teknologi

Galeri Komponen IBS

Lot 8 Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur

Tel      : 03-92816909

Faks   : 03-92815870

Email  : cidb_ibs@cidb.gov.my